Media statements issued never do get media coverage, and if it does it often does not report all that is stated. Given the fact, there seem to be no real documentation of all these civil society voices, this Blog has been started hoping to capture and preserve the voices of civil society for all. Appreciate it if you could forward me (chef@tm.net.my) statements that have not been picked up by this Blog.

Wednesday, October 13, 2010

JERIT: Kerajaan BN Tunduk kepada Kuasa Pekerja! Rang Undang-Undang pinda Akta Pekerjaan Ditarik Balik !

GABUNGAN PEKERJA KILANG & KESATUAN SEKERJA (GPKK)
JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)
d/a 72B, Taman Sri Langat, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor
Tel/Faks: 03-87370766 Website:www.jerit.org
 

Kerajaan BN Tunduk  kepada Kuasa Pekerja!
Rang Undang-Undang pinda  Akta Pekerjaan Ditarik Balik !

Berita gembira untuk seluruh warga  pekerja ! Hari ini, Kerajaan BN telah akur kalah kepada kuasa pekerja! Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan mengumumkan bahawa Rang Undang-undang pinda Akta Kerja 1955 ditarik balik tanpa memberi sebarang alasan di sesi Parlimen yang sedang berlangsung kini. 

Sebelum ini, Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang bersekongkol dengan kaum kapitalis bercadang untuk menggadai hak pekerja Malaysia dengan membuat pindaan terhadap tiga undang-undang pekerjaan iaitu Akta Kerja 1955,  Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh KSM ini adalah yang paling teruk dalam sejarah pekerja di Malaysia dan hanya memihak kepada pihak majikan. 

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) percaya keputusan terburu-buru KSM untuk tarik balik pindaan akta ini adalah akibat bantahan serta tekanan yang berterusan oleh para pekerja serta kumpulan-kumpulan masyarakat yang lain. 

Sebelum ini, JERIT telah mengedarkan lebih 30,000 risalah kepada rakyat umum di seluruh Malaysia berhubung pindaan-pindaan ini. Malah, JERIT juga telah melancarkan kempen faks  membantah pindaan ini dan banyak kumpulan telah Faks surat bantahan mereka kepada KSM untuk bantah pindaan yang dicadangkan. 

JERIT bersama badan-badan bukan kerajaan yang lain juga telah mengadakan sidang akhbar, ’online petition’ ”public leafletting dan lain-lain aksi untuk memberi kesedaran kepada orang umum berhubung pindaan ini serta menyeru orang ramai untuk terus memberi penekanan kepada KSM. 

Hari ini 12/10/2010 JERIT bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM)  telah merancang untuk mengadakan piket serentak di 7 tempat di Selangor dan Perak untuk menunjukkan bantahan pekerja terhadap pindaan yang dicadangkan oleh KSM sebelum mengadakan protes besar-besaran di Parlimen pada bulan November. Akan tetapi beberapa jam sebelum piket diadakan Timbalan Menteri KSM Datuk Maznah telah mengatakan di parlimen bahawa kerajaan akan tarik balik bill pindaan Akta Pekerjaan yang dicadangkan.  

Jelas di sini, Kerajaan BN terpaksa akur kepada kuasa rakyat yang terus memberi tekanan. Tanpa kuasa rakyat  dan tekanan berterusan , perkara ini tidak akan berlaku.  Syabas kepada seluruh warga pekerja! Ingat! Anda tiada apa untuk dihilangkan kecuali rantai penindasan! Hidup Rakyat! Hidup Perjuangan Rakyat!

Parameswari.
JERIT
12/10/2010


--
JARINGAN RAKYAT TERTINDAS(JERIT)

No comments:

Post a Comment