Media statements issued never do get media coverage, and if it does it often does not report all that is stated. Given the fact, there seem to be no real documentation of all these civil society voices, this Blog has been started hoping to capture and preserve the voices of civil society for all. Appreciate it if you could forward me (chef@tm.net.my) statements that have not been picked up by this Blog.

Tuesday, November 16, 2010

Lagi kes anak muda ditembak mati polis: Sikap Polis tidak berubah dan pencabulan hak asasi manusia diteruskan (SUARAM)

Kenyataan Media: 16 November 2010

Lagi kes anak muda ditembak mati polis:
Sikap Polis  tidak berubah dan pencabulan hak asasi manusia diteruskan


SUARAM mengutuk keras tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menembak mati tiga suspek anak muda yang telah disyaki terlibat dalam satu kes rompakan sebuah stesen minyak di Glenmarie ,Shah Alam pada 13hb November 2010 pada pukul 4.15 pagi. Salah seorang yang ditembak mati oleh Polis  adalah remaja di bawah umur iaitu Mohd Shamil Hafiz Shafie yang hanya berumur 16 tahun. . Mohd Shamil merupakan  antara remaja bawah umur  yang ditembak mati oleh polis selepas kes kematian Aminulrasyid pada 26hb April tahun ini .


Kami amat kecewa atas alasan polis terhadap insiden tersebut yang menuduh bahawa polis terpaksa menembak mati ketiga-tiga suspek kerana ketiga-tiga  menyerang polis dengan menggunakan parangKalau supsek hanya menggunakan parang, mengapa kesemua mereka di tembak mati? Adakah sebarang amaran diberikan oleh polis kepada suspek? Versi polis dalam setiap kes penembakan mati adalah sama dan mereka selalu menggunakan faktor keselamatan diri untuk justifikasi penngunaan senjata api dimana sehingga hari ini  pasukan polis tidak pernah mendedahkan konteks penggunaan senjata api oleh pihak polis di Malaysia.


 Kami memahami risiko keselamatan bertugas sebagai polis namun kami tidak boleh menerima cara polis yang selalu menggunakan senjata api dan menembak mati seseorang suspek. Perlembagaan Persekutuan Artikel 5(1) jelas   menyatakan setiap individu perlu  menghormati hak bernyawa  setiap manusia.


SUARAM menyeru Ketua Polis Negara, Ismail Omar segera untuk mengemukakkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) yang dituntut oleh rakyat  dan membuktikan bahawa  KPN baru serius dalam melaksanakan pendekatan 4P yang dilaung-laungkannya.  Kami menyeru agar satu Suruhanjaya yang bebas dan berdikari ditubuhkan untuk menyiasat segala kes penembakan mati oleh Polis dengan serta- merta.


Kami tidak boleh menerima bahawa IGSO sebagai bahan sulit kerana ia melibatkan kepentingan keselamatan dan nyawa setiap rakyat dan ia sepatutnya diumunkan. Ini dengan jelas membuktikan bahawa penggunaan senjata api oleh polis tidak diimbangi oleh pemeriksaan awam dan sekaligus menyebabkan tahap akauntabiliti yang amat rendah di dalam institusi polis.


Oleh kerana ketiadaan prosedur yang kukuh untuk memastikan setiap kes tembakan polis seperti ini dilaporkan dan disiasat secara bebas dan menyeluruh, timbul keraguan sama ada pihak polis sememangnya menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri ataupun sengaja menggunakan terhadap suspek untuk memudahkan penyelesaian kes mereka.


SUARAM sebuah organisasi Hak Asasi Manusia berpendapat penggunaan senjata dan tidak memberikan hak untuk suspek membela diri adalah salah dari segi undang-undang  Hak Asasi .


Penembakan mati anak muda bawah umur Mhd Shamil merupakan satu pelanggaran terhadap  Konvensyen Antarabangsa Perlindungan Kanak-Kanak (CRC) terutamanya  Artikel 16 (1)&(11) dan Artikel 37 yang memberi perlindiungan terhadap kanak-kanak bawah undang undang dan terlindung dari sebarang hukuman yang tidak berperikemanusiaan ataupun penangkapan tanpa bicara.


Penyalahgunaan kuasa di kalangan PDRM dan penindasan terhadap hak asasi manusia adalah masalah serius yang jelas wujud dalam PDRM, seperti yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia.


Kami menyeru pihak polis berhenti mengunakan alasan kononnya menyelesaikan kes jenayah dan untuk keselamatan polis dengan terpaksa menembak mati sesiapa suspek . kami percaya pihak polis adalah terlatih dan berprofesional serta sanggup mengikuti prosedur penggunaan senjata api yang ditetapkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


SUARAM menuntut agar pihak Kerajaan melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia terutama menubuhkan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera.
  

Yap Heng Lung
Penyelaras  SUARAM

No comments:

Post a Comment