Media statements issued never do get media coverage, and if it does it often does not report all that is stated. Given the fact, there seem to be no real documentation of all these civil society voices, this Blog has been started hoping to capture and preserve the voices of civil society for all. Appreciate it if you could forward me (chef@tm.net.my) statements that have not been picked up by this Blog.

Monday, December 13, 2010

CIJ : Pelan untuk undang-undang hasutan siber mengancam kebebasan ekspresi dalam talian


Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ)
27C Jalan Sarikei, off Jalan Pahang
53000 Kuala Lumpur
Laman sesawang: cijmalaysia.org
Emel: cijmalaysia@gmail.com
Tel: 03 4023 0772
Faks: 03 4023 0769

2 Disember 2010

Kenyataan media: Pelan untuk undang-undang hasutan siber mengancam kebebasan ekspresi dalam talian

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) amat membimbangi rujukan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Hussein mengenai undang-undang baru yang akan diperkenalkan untuk mengawal hasutan dalam talian.

Menteri berkenaan dilaporkan berkata bahawa ia berdasarkan Akta Hasutan (1948) dan akan membantu menentukan mana-mana perbuatan dalam talian yang boleh didakwa di mahkamah.

Berita ini merisaukan kerana undang-undang hasutan yang sedia ada dan kerap disalahguna sudahpun digunakan dalam alam maya, seperti yang dilihat dalam tuduhan yang dikenakan kepada blawger Raja Petra Kamaruddin dan yang selainnya. Tambahan lagi, penggubalan undang-undang hasutan yang baru ini, khusus untuk ekspresi dalam talian, nampaknya satu tindakan sengaja oleh pihak kerajaan untuk menapis Internet, walaupun janji “tiada tapisan Internet” diberi oleh Bil Geranti Koridor Raya Multimedia.

Hasutan ialah konsep kejam dan kuno yang merupakan penghalang besar terhadap kebebasan ekspresi, walhal kebebasan ini dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Demi demokrasi dan kebebasan ekspresi, kerajaan persekutuan patut berusaha untuk memansuhkan undang-undang yang sedia ada dan bukannya membuat undang-undang baru untuk mendakwa hasutan dalam talian. Sebarang langkah untuk menghalang kebebasan ekspresi di Malaysia, yang sudah begitu terhad, hanya menunjukkan ketidakrelaan kerajaan untuk menyertai perbincangan awam yang iklhas dan dipertanggungjawabkan oleh rakyat.

CIJ turut membantah cara undang-undang baru ini diperkenalkan. Ia telah dirujuk sebagai “garis panduan”, “peraturan” dan kini, “rang undang-undang hasutan siber”, yang akan dikemukakan kepada Kabinet pada 3 Disember 2010. Dalam negara demokratik, sebarang perkara yang memberi kesan terhadap kebebasan asas dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk penggubalan akta, mesti terbuka kepada komen dan cadangan. Namun hampir tiada maklumat dan tiada rundingan awam mengenai perkara ini.

Maka CIJ menyeru kerajaan supaya terbuka dan telus dalam pembentukan sebarang undang-undang, serta menghindari daripada menggubal “rang undang-undang hasutan siber” atau sebarang undang-undang yang akan mengekang kebebasan ekspresi di Malaysia.

Dikeluarkan oleh:
Chuah Siew Eng
Pegawai Program CIJ

---------
Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ) berhasrat untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, adil dan bebas, di mana semua manusia menikmati media bebas dan kebebasan mengutarakan, mencari dan menyampaikan maklumat.

No comments:

Post a Comment