Media statements issued never do get media coverage, and if it does it often does not report all that is stated. Given the fact, there seem to be no real documentation of all these civil society voices, this Blog has been started hoping to capture and preserve the voices of civil society for all. Appreciate it if you could forward me (chef@tm.net.my) statements that have not been picked up by this Blog.

Friday, April 1, 2011

PERMAS:- Written Promise by Selangor Government Does Not Help Urban Settlers in 2011

HAK TANAH UNTUK PENEROKA BANDAR KAMPUNG RAILWAY DI SG BULUH

kenyataan akhbar: 30 hb. Mac, 2011


Oleh: Mr. Tan Jo Hann, President Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
HP: 019-2145451,
Email: jotan@pc.jaring.my


Hari ini adalah satu hari yang amat sedih dan mengecewakan bagi 50 keluarga bekas masyarakat peneroka bandar kampung keretapi di Sg Buluh yang telah menunggu selama 20 tahun sejak 1992 untuk dapat tanah yang telah dijanjikan kepada mereka oleh pejabat tanah Gombak dan Kerajaan Negeri Selangor masa itu.

Setelah hampir 10 tahun kes ini dibicarakan dalam mahkamah tinggi, Pada 30hb Mac 2011 mahkamah telah membatalkan kes yang difail oleh penduduk terhadap pejabat tanah.

Menurut Hakim Hinshawati Shariff, keputusan ini berdasarkan kepada suatu aspek bahawa kes mereka “Tiada Balasan”. Ini bermaksud, untuk sebuah perjanjian menjadi sah, pemberian dan penerimaan harus berlaku, tetapi dalam kes ini, kerana mereka tidak memiliki tanah tersebut, mereka tidak berhak menerima tanah di lot lain sebagai pampasan walaupun mereka meninggalkan tempat itu secara rela untuk memberi laluan kepada landasan keretapi. Oleh itu, perjanjian yang dibuat oleh mereka dengan pejabat tanah masa itu tidak bernilai dan tidak perlu dipatuhi oleh Pejabat Tanah. Tetapi, penduduk di perkampungan itu meninggalkan tempat itu dengan rela sebab dijanjikan tanah dan sekarang mereka dibiarkan ditengah jalan selepas 20 tahun.

Keputusan penuh kes ini belum dikeluarkan lagi, tetapi pokoknya kes ini telah dibatalkan. Bagaimanapun, Peneroka bandar Kg Keretapi ini tidak akan berdiam diri dan menerima ketidakadilan ini.

Perjuangan ini sepatutnya boleh diselesaikan oleh kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang telah memerintah selama dua setengah tahun ini. Pada bulan April, 2008, penduduk kampung ini
telah mengirim memorandum kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka. Tetapi sampai sekarang, tiada apa-apa tindakan dari pihak mereka.

Walaupun hak tanah penduduk in telah dirampas oleh bekas Kerajaan Negeri selangor dibawah pimpinan Mohd Khir Toyo, Menteri Besar pada masa itu.Yang amat mengecewakan adalah kerajaan Selangor semasa ini pun tidak mengambil langkah yang efektif untuk memulangkan hak tanah kepada 50 keluarga peneroka ini.

PERMAS bersama penduduk kampung ini akan membuat rayuan mahkamah. Selain daripada itu, kami juga bercadang untuk membuat suatu rayuan yang terakhir kepada Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk
mempertahankan hak tanah peneroka tersebut dan juga menunaikan janji Pakatan Rakyat yang telah di buat hampir 3 tahun lalu !

Latarbelakang permasalahan peneroka bandar Kg Railway di Sg. Buluh

 Pada 7hb. Januari 1992, bekas penghuni “Railway Lines” Sungai Buloh telah  menerima notis pengusiran daripada KTM supaya berpindah dari kawasan  “Railways Lines” dengan tujuan pembinaan projek landasan berkembar KTM.

Seramai 229 buah keluarga ditawarkan lot tanah yang bernombor 1 hingga 229 oleh Pentadbir Tanah Daerah Gombak (Encik Hj. Bahari B. Mohamed Jabar) secara bertulis melalui surat bertarikh 7hb. Januari 1992. Lokasi lot-lot tanah yang ditawarkan terletak di Matang Pagar sebagai gantian bagi tapak rumah

Kami diberitahu bahawa lot-lot tanah tersebut akan dibersihkan serta  diratakan dalam masa enam bulan. Sementara itu, 100 daripada kami  dipindahkan ke rumah panjang Rawang dan yang lain terpaksa mencari tempat perlindungan sendiri. Selepas dua tahun menunggu, kami mendapati tanah tersebut masih tidak dibersihkan seperti yang dimaklumkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.

Pada bulan Jun 1996, papan tanda dinaikkan (dengan kebenaran Pejabat Daerah dan Tanah Gombak) di tanah kami mengumumkan bahawa “rumah kos rendah akan didirikan oleh Syarikat Ikatan Rapi Sdn. Bhd” di atas tanah kami. Malangnya, kerja-kerja pembinaan telah dijalankan tanpa sebarang persetujuan
atau perbincangan dengan penduduk.

Sejak itu, beberapa langkah telah diambil untuk mempertahankan hak tanah kami seperti penyerahan memorandum kepada YAB Menteri Besar Selangor, menghantar surat-surat bantahan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, mengadakan perjumpaan dengan Dato’ Seri Samy Velu dan sebagainya.

Perbicaraan kes menuntut hak tanah milik kami telah di tunda beberapa kali dalam tempoh 9 tahun ini, dengan berbagai jenis alasan seperti fail kes telah hilang (berlaku sebanyak 3 kali), tuan hakim bercuti/sakit dan
lain lain alasan.

Mengikut undang-undang, kerja-kerja pembinaan mesti dihentikan selagi kes perbicaraan masih belum selesai. Akan tetapi, Pentadbir Tanah Daerah Gombak telah mengetepikan arahan tersebut dan sekarang rumah rumah PKNS telah siap di Matang Pagar dan telah diduduki oleh pembeli-pembeli dari tempat lain.

Tuntutan ini merupakan tuntutan yang telah kami laungkan selama 19 tahun ini iaitu:
 •    Kami mahukan lot tanah berukuran 40 kaki x 60 kaki persegi di Matang Pagar yang telah dijanjikan oleh Pentadbir Tanah Daerah Gombak.
 •    Kami juga mahu tanah tersebut dibersihkan, diratakan dan dilengkapi dengan infrastruktur asas iaitu air, elektrik, jalan, sistem perparitan seperti yang dijanjikan.

 Kini sudah 19 tahun berlalu, masalah kami masih tidak diselesaikan dan kami masih menanti-nanti untuk mendapat tanah lot yang dijanjikan dengan penuh harapan. Kami berharap keputusan mahkamah akhirnya akan memberi keadilan kepada keluarga-keluarga yang sudah dinafikan hak milik tanah yang telah dijanjikan hampir 20 tahun lalu tetapi telah dikecewakan. Walau bagaimanapun, kita tetap akan berjuang untuk mendapat hak kami.


No comments:

Post a Comment